Tuesday, 22 May 2012

PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK & MESRA RAKYAT OLEH SPNB UNTUK RAKYAT 1 MALAYSIA



PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK
1.
2.
3.
4.
PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT
1.
2.
3.
4.
5.
PROGRAM PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI
1.
2.
PENDAFTARAN SEBAGAI PANEL SYARIKAT SPNB
1.
2.
PROGRAM RUMAH MAMPU MILIK

1. Apakah konsep binaan Rumah Mampu Milik yang dibangunkan oleh SPNB?
Rumah-rumah yang di bina oleh SPNB adalah rumah kediaman tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air berkonsep mesra keluarga dan selesa dan dijual pada kadar harga serendah RM35,000 mengikut negeri.

Definisi untuk rumah Kos Rendah, Sederhana Rendah dan Sederhana mengikut tafsiran SPNB adalah seperti jadual dibawah:

No.
Jenis-jenis Rumah
Keluasan Lantai*
Harga
(Semenanjung)**
Harga
(Sabah & S'wak)**
1.
Kos rendah
700 kps
Dari RM 35,000
Dari RM 50,000
2.
Kos sederhana rendah
750 kps
Dari RM 50,000
Dari RM 70,000
3.
Kos sederhana
800 kps dan ke atas
Dari RM 80,000
Dari RM 100,000
* Tertakluk kepada pindaan
** Tertakluk kepada terma dan syarat
Rumah-rumah di bawah Skim RMM adalah terbuka kepada semua kecuali bagi Rumah Kos Rendah dan bagi mana-mana pembelian rumah yang tertakluk kepada syarat-syarat Kerajaan Negeri.

Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik – Kos Rendah, pembeli haruslah berdaftar dengan Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan Kos Rendah) atau datang terus ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri atau Pejabat Daerah yang berdekatan.

Untuk memiliki / membeli Rumah Mampu Milik - Kos Sederhana Rendah, terdapat beberapa buah negeri yang menentukan syarat-syarat tertentu untuk memilikinya.

Manakala, lain-lain jenis rumah, rumah kedai atau kedai boleh dibeli terus melalui SPNB.

Syarat untuk mendaftar sebagai pembeli Rumah Mampu Milik - Kos Rendah yang dimajukan oleh SPNB adalah tertakluk kepada SUK negeri masing-masing. Sila rujuk ke SUK negeri di mana projek itu dimajukan.

SPNB menggunapakai kelayakan yang disyaratkan oleh Kerajaan Negeri dan menggariskan tiga (3) syarat penting yang harus dipenuhi oleh para pembeli Rumah Kos Rendah iaitu:
Warganegara Malaysia.
Umur 21 hingga 50 tahun.
Tidak memiliki rumah atau tidak memiliki sebarang tanah yang boleh didirikan rumah di mana-
mana tempat di Malaysia.
Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM2000.
PROGRAM RUMAH MESRA RAKYAT
1. Apakah konsep binaan Program Rumah Mesra Rakyat?
Rumah Mesra Rakyat adalah berkonsepkan rumah sesebuah yang mempunyai tiga (3) bilik tidur, dua (2) bilik air berkeluasan 866 kps dan 700 kps.

Rekabentuk


Keluasan 866kps

Keluasan 700kps
2. Siapakah yang layak untuk memohan dibawah program ini?
Program ini layak dipohon oleh keluarga miskin yang mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM1,500 sebulan dan tidak mempunyai rumah ataupun tinggal di rumah yang usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk pembinaan yang bebas daripada sebarang sekatan.
SPNB telah diberi pinjaman oleh Kerajaan Persekutuan bagi membiayai Program Rumah Mesra Rakyat dengan kaedah satu pertiga (1/3) daripada kos tersebut di subsidi oleh Kerajaan, sementara dua pertiga (2/3) lagi diberi pinjaman tanpa faedah kepada pemohon berlandaskan konsep Qadrul - Hassan.
Pembayaran balik pinjaman secara bulanan adalah RM150 sebulan sehingga selesai pinjaman seperti di jadual.

Jenis Atas Tanah Berkeluasan 866 kps / 700 kps
Negeri
Bahagian
Harga Pembiayaan
Subsidi (1/3)
Jumlah Pinjaman (2/3)
Kadar Bayaran Bulanan
Tempoh (Tahun)
Semenanjung Malaysia
(866 kps atas tanah)
Bandar / Luar Bandar
RM70,000
RM23,333
RM46,667
RM150
26
Bukit / Pulau
RM80,000
RM26,667
RM53,333
RM150
30
Semenanjung Malaysia
(*700 kps bertiang 8' tinggi)
Bandar / Luar Bandar
RM75,000
RM25,000
RM50,000
RM150
28
Bukit / Pulau
-
-
-
-
-
Nota : *Kawasan tanah rendah yang mudah dinaiki air

Jenis Atas Tanah Berkeluasan 700 kps
Negeri
Bahagian
Harga Pembiayaan
Subsidi (1/3)
Jumlah Pinjaman (2/3)
Kadar Bayaran Bulanan
Tempoh (Tahun)
Sarawak
Kuching
RM68,000
RM22,667
RM45,333
RM150
26
Sri Aman
RM70,000
RM23,333
RM46,667
RM150
26
Miri
RM71,000
RM23,667
RM47,333
RM150
27
Sibu / Bintulu / Limbang
RM73,000
RM24,333
RM48,667
RM150
28
Betong / Sarikei
RM74,000
RM24,667
RM49,333
RM150
28
Lawas
RM77,000
RM25,667
RM51,333
RM150
29
Mukah
RM79,000
RM26,333
RM52,667
RM150
30
Kapit
-
-
-
-
-
Sabah / W.P. Labuan
Kota Kinabalu
RM68,000
RM22,667
RM45,333
RM150
26
Tuaran / Penampang / Kota Belud / Beaufort
RM71,000
RM23,667
RM47,333
RM150
27
Sandakan / Tawau / Sipitang / K.Marudu / K.Penyu / Keningau / Ranau / Tambunan / W.P. Labuan
RM74,000
RM24,667
RM49,333
RM150
28
Kudat
RM76,000
RM25,333
RM50,667
RM150
29
Kunak / Tenom / Pitas / Lahad Datu / Semporna / Telupid
RM77,000
RM25,667
RM51,333
RM150
29
Beluran / Nabawan
RM79,000
RM26,333
RM52,667
RM150
30
5. Apakah kelayakan pemohon?

Pemohon yang layak memohon Rumah Mesra Rakyat adalah:

Warganegara Malaysia.
Pemohon mestilah berumur 18 hingga 65 tahun.
Pendapatan kasar seisi rumah tidak melebihi RM1,500 sebulan.
Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran ke atasnya. Jika tanah bukan kepunyaan pemohon, Surat Akuan / Kebenaran Berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada SPNB.
Berkahwin atau, ibu / bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
PROGRAM PEMULIHAN PROJEK TERBENGKALAI
1. Apakah latarbelakang Pemulihan Projek Terbengkalai SPNB?
Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan di bawah pengawasan Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) pada 2001 telah melantik SPNB sebagai Agensi Pelaksana projek-projek terbengkalai untuk Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai bertujuan memantau dan memulihkan projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh negara. Pada 7 November 2001, YAB Menteri Kewangan telah meluluskan peruntukan bagi kerja-kerja membaikpulih projek-projek perumahan terbengkalai di seluruh Malaysia. Peruntukan permulaan berjumlah RM300 juta dalam bentuk pinjaman tanpa faedah telah diberikan kepada SPNB pada Januari 2002.
2. Apakah objektif Pemulihan Projek Terbengkalai yang dilaksanakan oleh SPNB?
Objektif Pemilihan Projek adalah untuk menyiapkkan projek perumahan terbengkalai dan menyerahkan kepada pembeli bersama pemilikan hartanah yang sempurna.
PENDAFTARAN SEBAGAI PANEL SYARIKAT SPNB
1. Apakah syarat-syarat untuk mendaftar sebagai Panel di Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)?
Setiap syarikat / firma yang ingin berdaftar dengan SPNB mestilah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia / Jabatan / Agensi / Pihak Berkuasa Tempatan / Lembaga yang berkaitan.
2. Bagaimanakah untuk mendapatkan "Borang Pendaftaran Syarikat"?
Borang Pendaftaran Kontraktor boleh didapati di:

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel: 603 - 2618 5555
Faks: 603 - 2681 0170

Borang tersebut juga boleh diperolehi secara online. Selain itu, pemohon boleh menghantar surat permohonan melalui faks ataupun secara pos.

No comments:

Post a Comment