Saturday, 25 January 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Berkenaan GST?

MALAYSIA GST - GOVERNMENT SERVICE TAX & GOOD AND SERVICE TAX

Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan

Sekarang GST menjadi topik yang hangat diperkata dan diperbincangkan, malah menjadi modal politik untuk menarik undi bagi pihak parti tertentu. Namun diperhatikan masih ramai yang tidak memahami apa itu yang disebut sebagai GST malah lebih teruk lagi menyebarkan sesuatu yang salah. Penulisan ini bukan bertujuan membawa pengaruh politik tetapi untuk memberi pemahaman dan ilmu kepada umum berkenaan apa itu GST dan perkara yang berkaitan dengannya. Oleh itu pertimbangan dan perbincangan berkenaan isu ini yang mana melibatkan fiscal polisi kerajaan dapat dibincang dengan matang dan lebih bermanfaat untuk kemajuan Negara dan bukan utuk kepentingan politik. GST diklasifikasikan sebagai cukai tidak langsung (indirect tax) yang mana berada dibawah penguatkuasaan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). GST ini juga termasuk didalam kategori sebagai Value Added Tax (VAT).

Pertama sekali harus difahami bahawa Cukai Perkhidmatan Kerajaan & Cukai Barang dan Perkhidmatan yang mana keduanya dirujuk oleh umum dan entiti perniagaan dengan acronym / abbreviation yang sama iaitu GST adalah 2 cukai yang berbeza menyebabkan kekeliruan. Cukai perkhidmatan kerajaan ini dikenali juga sebagai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (Sales & Service Tax), lebih mudah saya rujuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan ini sebagai SST dan Cukai Barang dan Perkhidmatan sebagai GST . Saya amati apa yang cuba dimaksudkan oleh ramai orang sekarang ini adalah merujuk kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan, oleh itu penting untuk umum memahami dan mengetahui cukai GST atau SST yang dimaksudkan didlm sesuatu topik perbincangan. Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST adalah cukai yang telah lama dikutip oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 1972 lagi, manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan GST masih lagi diperingkat perincian dan sehingga penulisan ini masih lagi belum diluluskan oleh parlimen. Cukai Perkhidmatan Kerajaan adalah dikenakan ke atas perkhidmatan yang berasaskan hospitality seperti hotel dan khidmat professional. Senarai lengkap perkhidmatan yang layak dikenakan SST adalah boleh didapati di website JKDM (klik). Peniaga yang mengenakan SST pula adalah dikehendaki mempunyai lesen. 

Kadar dan Skop Cukai GST / SST

Kadar Cukai Perkhidmatan Kerajaan SST sekarang ini adalah pada kadar 6%, manakala GSTdicadangkan untuk dikutip pada kadar 4% . Skop pengenaan SST hanyalah untuk perkhidmatan manakala skop pengenaan cukai GST adalah lebih besar iaitu meliputi perkhidmatan dan juga barangan namun mengecualikan barangan keperluan seperti pengecualian cukai ke atas produk seperti padi dan sayur-sayuran serta makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, ikan, daging dan ayam. Difahamkan juga bahawa pelaksanaan GST juga akan mengecualikan IKS dan perkhidmatan professional tertentu. Apabila GST diperkenalkan pada 4% ia akan mengantikan SST yang sekarang dikenakan pada kadar 6%.

Dasar Polisi
Dasar kerajaan untuk melaksanakan GST bukan bertujuan mengatasi defisit fiskal negara tetapi menyelesaikan kelemahan dalam cukai jualan dan perkhidmatan serta mempelbagai sumber pendapatan negara. Sebanyak 146 negara telah melaksanakan GST dan kajian yang dijalankan turut membabitkan keberkesanannya di negara-negara terbabit. Sistem cukai GST telah dijalankan banyak di negara negara maju seperti UK dan USA. Negara-negara Scandinavia seperti Norway, Denmark, Sweden dan Hunggary dikenali sebagai Negara yang mengenakan GST/VAT yang amat tinggi pada kadar 25-27%. Contoh Negara ASEAN yang telah menggunakan system cukai GST/VAT ini adalah Singapura

Kelebihan / Keperluan GST
1. Mengurangkan kadar cukai langsung

Dengan pengenalan GST, kadar cukai langsung iaitu cukai pendapatan individu dan korporat akan dikurangkan. Pada masa sekarang kadar cukai pendapatan untuk korporat adalah sebanyak 25% dan 20% untuk syarikat yang mempunyai nilai saham berbayar kurang dari RM2.5juta (untuk pendapatan bercukai RM500,000 pertama. Manakala cukai ke atas individu dikenakan secara berkala sehingga kadar tertinggi sebanyak 26%. Pada individu yang mempunyai pendapatan bercukai RM100,000 mereka akan dikenakan pada kadar tertinggi iaitu 26%. Penggunaan GST disusuli dengan pengurangan kadar cukai pendapatan akan mengurangkan bebanan cukai kepada pembayar cukai yang amat banyak. Ini juga memberi ruang kepada tax collection system yang lebih adil. Pembayaran cukai Negara tidak lagi dibebankan kepada hanya 3 juta (approximately) pembayar cukai pendapatan individu (sila rujuk isu no. 3).
2. Meningkat daya saing Negara

Untuk bersaing dengan Negara lain, terutamanya untuk menarik pelaburan asing (FDI) tidak dapat tidak Negara perlu menurunkan kadar cukai lansung (income tax). Tambahan lagi bila Negara jiran terdekat iaitu Singapura hanya mengenakan cukai pada kadar tertinggi 20% untuk individu dan korporat pada kadar 17% yang jauh lebih rendah dari Negara kita. Jelas kita dapat memahami mengapa banyak syarikat multinational lebih memilih singapura daripada Kuala Lumpur untuk dijadikan pusat perkhidmatan,regional office atau distribution centre? Adalah tidak adil jika kita mengkritik prestasi ekonomi kerajaan yang lembab berbanding Singapura dan pada masa yang kita mengkritik juga usaha kerajaan untuk meningkatkan daya saing Negara. Peningkatan FDI akan meningkatkan ekonomi Negara dan meningkat hasil Negara. 
3. Tax base yang lebih luas dan mengurangkan ketirisan cukai

GST/VAT adalah cukai berdasarkan penggunaan (consumption base tax). Yang mana cukai hanya dikenakan oleh melibatkan perhidmatan dan penjualan barangan. Pembayar cukai tidak lagi terhad kepada pembayar cukai yang berdaftar. Ia akan melibatkan semua pengguna yang mendapatkan perkhidmatan dan membeli barangan (pembayar cukai yang lebih ramai). Jika anda mampu membeli barangan mewah maka anda juga sepatutnya mampu membayar cukai. Isu pengesanan pembayar cukai dan pelarian cukai adalah bukan suatu yang mudah untuk ditangani. Betapa ramai yang kita amati dan lihat individu yang mampu hidup mewah tidak membayar cukai dan tidak mendaftar sebagai pembayar cukai. Faktor ini akan memberi peluang kepada kerajaan untuk meningkatkan kutipan hasil dengan lebih tinggi
4. Mengurangkan kadar pelarian Cukai (Tax evasion/ tax avoidance/underground economy)

Ini adalah suatu yang telah dibuktikan oleh kajian bahawa amaun tax evasion adalah mempunyai positive relationship dengan kadar cukai. Semakin rendah kadar cukai pendapatan semakin kurang dorongan kepada peniaga untuk menyembunyikan pendapatan dan akan meningkatkan kepatuhan cukai. Ini juga akan mengurangkan kos pentadbiran cukai untuk mengesan dan menjalankan operasi penguatkuasaan.
5. Mengurangkan kos perkhidmatan tertentu

Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan/ Sales and Service Tax (SST) pada kadar 6% akan digantikan oleh Good and Service Tax (GST) yang akan mengunakan cukai pada kadar yang lebih rendah iaitu 4% .

Adalah tidak adil jika kita hanya membincangkan tentang kelebihan system cukai GST jika tidak juga membincangkan kemungkinan kekurangan system ini yang mana boleh kita perhalusi dan sedari dari awal untuk tindakan yang sepatutnya.

Pengenalan Good and Service Tax (GST) akan meningkatkan sedikit kadar inflasi dengan kemasukan kos cukai ke dalam harga barangan tertentu. Namun ini mungkin boleh diatasi dengan campur tangan kerajaan melalui pengenalan polisi tertentu; contohnya mengarahkan pengeluar untuk menyerap kos cukai barangan yang mana mereka ini telah mendapat manfaat dari pengurangan cukai pendapatan atau melalui timbal balik dalam bentuk insentif.

Factor cabaran pentadbiran system cukai ini juga hendaklah diperhalusi supaya tiada penyalahgunaan dan ketidakpatuhan berlaku dipihak peniaga. Kementerian pengguna juga perlu bekerja lebih keras untuk mengekang tekanan kenaikan harga oleh peniaga.

Links of Reference & Additional Information

No comments:

Post a Comment