Tuesday 21 January 2014

RMR1MALAYSIA (RUMAH RAKYAT SATU MALAYSIA) - OLEH SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB)




KONSEP PROGRAM
* Rumah sesebuah 3 bilik dan 2 bilik air
* Keluasan Rumah: 1,000 kps / 866 kps
* Keluasan Tanah: 310 meter persegi @ 3,750 kps (50' x 75')
* Rekabentuk adalah tertakluk kepada Kelulusan Pihak Pengurusan SPNB

HARGA RUMAH & PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN
* Harga rumah, ansuran bulanan dan jangkamasa bayaran balik tertakluk kepada kelulusan
* Kemasukan Kewangan Malaysia / Institusi Kewangan

KELAYAKA PEMOHON
* Warganegara Malaysia
* Pemohon mestilah berumur 18 hingga 60 tahun
* Pendapatan kasar seisi rumah sebanyak RM 750 hingga RM 3,000 sebulan (tidak lebih).
* Tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah usang / tidak sempurna.
* Mempunyai tanah / tapak yang bersesuaian dan tiada sekatan / cagaran keatasnya. Jika tanah adalah bukan kepunyaan pemohon, surat akuan / kebenaran berkanun dari tuan tanah diperlukan untuk membina dan menggadai tanah tersebut kepada Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) / Institusi Kewangan.

SYARAT-SYARAT TAMBAHAN
* Tanah mestilah mempunyai hak milik asal (geran) atau mendapat kebenaran tuan tanah lainuntuk gadaian dan pembinaan RMR.
* Pemohon dan / atau tuan tanah menandatangani dokumen yang bersangkutan dengan gadaian ke atas tanah yang dikemukakan untuk menjamin pembayaran balik kemudahan pembiayaan.
* Pemohon dikehendaki menyediakan tapak cadangan selepas diluluskan dan membuat penyambungan utiliti setelah rumah disiapkan.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
* Salinan kad pengenalan pemohon.
* Salinan kad pengenalan suami / isteri pemohon (jika berkenaan).
* Salinan sijil perkahwinan / perceraian / kematian (suami / isteri) (jika berkenaan).
* Salinan kad pengenalan / sijil kelahiran anak-anak tanggungan (jika bekenaan).
* Salinan kad pengenalan Tuan Punya Tanah.
* Salinan Geran Hakmilik Tanah.
* Sijil Carian Rasmi (Salinan Asal).
* Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah (jika berkaitan).
* Pengesahan tidak memiliki rumah atau mempunyai rumah yang usang / tidak sempurna.
* Salinan slip gaji (3 bulan yang terkini) / Pengesahan pendapatan pemohon dan pasangan.

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD
Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Hotline: 1300 80 3838
Fax: 03-26810171
Email: aduanrmr@spnb.com.my

No comments:

Post a Comment